**Fahmi: Kabinet Tidak Arahan Peguam Negara Memohon Perintah Mahkamah Larang Perbincangan Mengenai Pardon** Menteri Komunikasi dan Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, menjelaskan bahawa kabinet tidak membincangkan, apatah lagi mengarahkan Peguam Negara untuk memohon perintah mahkamah bagi melarang perbincangan mengenai isu pengampunan. Beliau berkata demikian dalam satu sidang media, menyatakan bahawa mesyuarat kabinet pagi ini yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah, juga tidak membincangkan isu tersebut. Pada hari Isnin, Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Seri Sulaiman Abdullah, mengumumkan bahawa pihak berkuasa akan memohon perintah mahkamah pada Isnin depan. Beliau berkata, permohonan itu bertujuan untuk melindungi institusi Raja-Raja, kerana isu pengampunan melibatkan sensitiviti dalam perkara 3R (agama, bangsa, dan raja).