**Engineer Ditahan Miliki Bahan Seksual Kanak-Kanak di Rumah Mewah** Polis Pulau Pinang telah melancarkan serbuan di sebuah rumah mewah di kawasan Bukit Mertajam semalam, yang membawa kepada penangkapan seorang jurutera kerana memiliki bahan berkaitan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM). Laporan daripada *New Straits Times* menyatakan bahawa semasa disoal siasat, lelaki tersebut mengakui bahawa dia gemar menonton bahan tersebut kerana ia dianggap "baru" atau "segar" bagi dirinya. Serbuan ini adalah sebahagian daripada operasi besar-besaran yang dijalankan oleh Pasukan Penyiasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak Bukit Aman bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Operasi ini bertujuan untuk menangkap individu yang terlibat dalam pemilikan dan penyebaran bahan seksual kanak-kanak. Serbuan tersebut melibatkan 6 negeri, termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Terengganu, Pulau Pinang, dan Perak. Suspek kini ditahan reman selama 4 hari untuk membantu siasatan lanjut.